Semalam aku tonton berita dekat TV1, tak, bukan tonton pun. Aku terdengar intipati berita tu sebab aku duduk bersebelahan dengan tv.
Kecoh, pasal kemajuan teknologi dalam kalangan masyarakat kini. Almaklumlah, semuanya di hujung jari sekarang ni. Betul tak?
Tapi dalam pada keghairahan menggunakan teknologi seperti e-mail, laman sesawang komuniti sosial, sistem pesanan khidmat ringkas(sms) dan sebagainya, ada kebimbangan mengenai penggunaan bahasa yang salah. Seperti kesalahan ejaan, tatabahasa, penggunaan bahasa dan sebagainya.
Jadi aku, sebagai rakyat yang baik dan menyahut seruan kerajaan...
Aku telah gunakan bahasa dengan betul untuk catatan kali ini.
Baiklah jangan layan tulisan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment