Seorang guru matematik itu ialah ahli magik

Aku rasa kagum dengan seorang guru. Walaupun aku dah habis sekolah tapi aku tetap kagum dengan insan yang bergelar guru. Tapi aku lagi kagum dengan guru yang mengajar subjek matematik, ataupun matematik tambahan.

Sejak aku mula mengenali nombor, terus terang aku katakan aku memang tak suka dengan matematik. Belum pernah rasanya aku dapat markah penuh dalam kertas matematik, sepanjang 11 tahun aku bersekolah dan di kolej. Kuiz? Hmm lagi la..jangan tanya berapa aku dapat.

Masa berlalu, semakin banyak yang aku belajar. Dari sekecil-kecil nombor hinggalah ke sebesar-besar nombor. Dari nampak nilai berapa juta kau kira hinggalah hanya tinggal segala unknown (in malay we call 'anu' hahaha) dalam soalan tu. Di kolej, pada aku matematik hanyalah sekadar medan untuk kau kenali balik huruf x, y, dan z. Dan jugak operasi tambah tolak darab bahagi. Tiada lagi nombor yang ada untuk kau kira. Malah kalau kau hebat kau boleh melenggang masuk ke dewan peperiksaan dengan hanya membawa sebatang pen sahaja dan tinggalkan kalkulator di bilik kau. Hebat bukan?

Tapi dengan keadaan soalan yang memang macam celaka tu, tak semua orang mampu lakukan begitu. Even budak 4 flat pun merana nak jawab paper math. Aku? Lagi la...aku senyum je kat kertas soalan tu dan hantar balik kertas kosong.

Itu biasa bagi sudut pandangan seorang student. Tapi kalau seorang cikgu matematik, itu sesuatu yang sangat mengaibkan. Huh macam kau belajar ilmu untuk mengurat anak dara orang tapi akhirnya kau terngurat mak janda atau mak dara pulak. Kan dah lain tu?! Okay abaikan. Aku mengarut je ni.

Masa aku dalam kuliah maths, selalunya aku akan jadi tak faham dengan apa yang lecturer aku bebelkan kat depan. Dan lepas tu aku akan terus tak faham sampai la malam nak kuiz. Dan kalau dah takde kuiz aku akan biarkan sampai malam exam. Amat jarang untuk aku terus faham dengan apa yang diajarkan. Masa lecturer tunjuk contoh macam senang, substitute itu dan ini, kira itu dan ini, sketch graph dan sebagainya. Macam satu keajaiban bila lecturer dapat selesaikan satu masalah maths dan sumpah aku kagum gila.

Kadang-kadang rasa nak tercabut otak aku jawab soalan math tapi cikgu boleh selesaikan dalam masa yang sangat singkat. Aku pun kadang-kadang tak sempat nak tengok apa yang cikgu tulis tapi alih-alih dah siap dah lengkap dengan jawapan. Huhh..hebat..

Okay kalau anda ialah seorang guru matematik, anda perlu tau saya sangat mengagumi anda. Sebab anda umpama seorang magician yang boleh ubah huruf jadi nombor.

No comments: