Okay sebelum aku memulakan sesi penulisan pada hari ini,adalah baiknya aku mulakan dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim....~Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Hari Jumaat aku bermula dengan pertanyaan dari Ayah,
"Esok Madiha ade pape ke?"
"Takde.Kenapa?"
"Ha ok.Esok ikut Ayah pegi PWTC."
"Ha okey..~"
Then pada pukul 12 tengah malam tu Mira Majid called me and said..
"Weh Madi jom teman aku g TS esok wehh...!"
"Eh kau ni takde kelas ke?"
"Kelas aku habis pukul 12 la..dalam pukul 2 tu aku sampai la TS.."
"Ha okay..~"
Then on the Friday morning I called Angah to ask her whether she wants to follow me or not.
"Alaaa...aku ade date dengan nenek aku la wehh.."
Erk?
"Ha okey la..~takpe"
Then tiba-tiba..
"Eh Madi aku rasa nak ikut la pulak wehh.."
"Ha okeh je.Tapi tengah hari la tau.Aku lepak PWTC dulu dengan Ayah aku."
Then aku pun pegi la PWTC dengan Ayah.Aku pegi pameran Global Peace.Sebenarnya aku lagi teringin nak masuk dalam talk dia.Lagi menarik.Ade Tun Dr.Mahathir.Pameran dia aku cakap la..kalau tak kuat semangat baik jangan masuk.Memang la cool gila tapi aku sikit lagi nak pengsan dalam tuh.Dia tunjuk macam mane tahanan dekat Penjara Abu Gharib and Kem Guantanamo diseksa.Gila babi ah aku cakap.eii...nak cite pun susah.Kena pegi tengok sendiri.Kena seksa tu satu hal lepas tu dia pasang suara orang yang jerit-jerit kena seksa tuh lagi.Macam aku cakap la...aku memang dah jatuh semangat dah mase tu.Lagi lama dalam tu aku mungkin boleh pengsan kot di celah-celah penderaan tu.Haih~
Tapi yang tak best nye,mase aku tengah snap gambar,tibe-tibe secretary dia datang dan dengan ramah dan mesra alamnye berkata..
"Excuse me miss,may I see your media pass?"
Dan aku pun...
"Huh?!Ouh sorry I dun have any"
"Yeah..then...."
"Okay-okay I understand"
Aku pun simpan la kamera aku.Dengan sedihnye.Tapi takpe laa..at least lepas tu aku memahami bahawa besarnye erti kebebasan.Dan kemanusiaan.Serta hak asasi manusia.Arghh..gila betul.Mereka diseksa macam haiwan.Haiwan pun tak diseksa macam tu ouh.Patutnye mereka tu diseret ke Mahkamah Antarabangsa.Atas dakwaan mencabuli hak asasi manusia.Tapi ouh ye la...mereka tu siapa.
Amerika..
Yahudi...
Britain...
Haih.Katanya menegakkan keadilan dunia.Tapi yang dalam penjara tu sebenarnya takde kena mengena langsung dengan Al Qaeda and Taliban.Hmm...sedih ade,geram ade..marah pun ade.Tapi ape la yang kita boleh buat kan?Sekadar melaungkankan slogan anti keganasan dan apa sahaja yang kita mampu lakukan demi menyelamatkan saudara-saudara kita yang tak bersalah dan diseksa tu.Haih.
Ouh then kat sana ade jugak pameran yang tunjuk kesan DU(depleted uranium).
Tu pun gila babi tahap gaban punya menakutkan.Kalau google lagi la scary lagi hebat dari tahap hantu Ju-on dan budak kecik yang albino tapi takde mate hitam tuhh.
Tu la sebenarnya aku tak faham ape la yang diorang nak sangat dalam peperangan?!Dah terang tak memberi ape-ape kebaikan kepada sesiapa pun.Ouh mungkin nak tunjuk hebat kot diorang ade senjata yang bombastik tapi tak boleh nak gosip-gosip macam Mak Cik Kiah lepas beli emas 24 karat.Kena demo la kan?Then pegi la tembak Afghanistan,Iraq dan Palestin tapi yang bengap sangat pegi tembak dekat rumah orang tu kenapa?!Haih.
Yang lagi satu bengap gila tahap goblok tu kenapa nak tembak dan serang negara yang lemah?Yang tentu-tentu takde sumber yang hebat.(okay tapi ketepikan Iraq sebab dia ada sumber petroleum yang gila banyak).Mungkin di situ kau nampak hebat kot bila dapat musnahkan negara orang dengan sekali bedilan.Tapi aku tak pernah sekali pun rasa kau orang hebat sebab mereka bunuh saudara seagama aku.
Yeah di sini timbul satu persoalan.Apakah guna Noble Prize???
Sekadar satu kemegahan untuk cakap macam ni.."Yeah dude I won Noble."
Kalau macam tu aku calonkan Ayah aku la bagi dia menang.Bangga sket kan?
Okay tutup kisah perang dan sandiwara dunia yang tak kesudahan nih.
Cerita aku dan Angah.
Ngee..~~
Selepas lunch dekat 'Riverside" tapi luar PWTC tu(sebab Riverside dalam PWTC tu aku tak mampu la roti canai sepinggan dekat RM10!).Kami bergerak ke Times Square demi memenuhi permintaan MIra yang ajak aku teman dia.Rupanya teman kawan dia pegi cari kasut.Haih.Punyala banyak gila kedai kasut kat TS tu.Sampai nak tercabut lutut aku jalan.Lepas tu aku ingat nak cari 1 cardi yang aku memang dah lama cari.Dari tingkat 2,naik tingkat 3,tingkat 5,then turun balik tingkat 2 dan 3 sampai dekat 3,4,5 kali jugak aku pusing.Tapi tak jumpe jugak.Kesian Angah kena ikut aku.Mesti dia penat.Hahah.
Yang tak boleh blah nye tiba-tiba kaki aku nak cramp!Tak penah aku berjalan shopping sampai cramp!!Ouh WTF?Nasib baik aku tak menjerit-jerit kat situ haih.Kalau tak malu la nyahh..!!! Jatuh saham aku.Hahaha...
Sudahnya aku jumpa cardi tu dekat KL sentral.
Ouh WTF~
Dalam tren tak payah cakap ahh dah jadi macam ikan sardin berbilang bangsa dalam tuhh.Kene himpit,kene lenyek,kene tolak,kena tarik,haih memang gila babi betul.Nasib baik la aku ni fleksibel sebab tu la boleh muat kalau tak mesti aku kena maki berkilo-kilo sebab mengambil ruang yang banyak gila dalam tren.Eh tapi aku bayar la duit tiket!!Yang tak tahannye...dalam pressure nak berhimpit-himpit tu ade mamat jerit "Malaysia Boleh!".Haih aku dengan Angah dah nak gelak sampai nak terguling-guling tapi nasib baik takde ruang.
Lepas tu dekat stesen mane ntah sumpah tak ingat ade mamat tu tangkap gambar tren yang penuh sesak macam ape je.Hahahahah..ingat dia nak naik sekali tapi tengok dia kuarkan dslr Nikon dia and snap gambar.Aku dengan Angah dengan kawan dia buat pose gila dalam tu.Siap tunjuk peace lagi.Hahah.
Then aku g makan dengan parents aku.Boleh pulak terjumpa cikgu English aku mase sekolah rendah.Mula-mula macam serba salah nak tegur ke tak.Last-last dia yang cakap "la...Madiha..!!!"Haih.Dia kenal aku lagi.Terharu aku.
p/s:hari jumaat hari yang penat gila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yaahh..balik tak bagitau,cabut terus,hilang dari pandangan en??yah.Thanks gila siaalll...
alahai...marah pulak dahh
aku sumpah igt kau dah blah dh time tu...
Post a Comment