The quotes

Selepas 4 hari duk berendam air mata,meratapi apa yang berlaku...baru aku sedar yang sebenarnya semua ini hanya la sia-sia.

Aku terasa sangat bodoh.
Kerana terlalu mengikutkan perasaan yang gila ni,
aku tak siap sume homework aku
aku lost dalam lecture
aku dah tak jadi diri aku sendiri

Bila aku tengok wajahku di cermin,seolah-olah macam dah takde darah kat muka.Dah takde seri yang menghiasi wajahku.

Tapi apa boleh buat.Aku pasrah je.Kalau aku menangis air mata darah sekalipun,dia takkan sekali-kali kembali kepada aku semula.Itu yang pasti.

Tanpa dirinya di sisi,aku masih boleh berjalan,menurut kata hati.Walaupun kadang-kala langkahku agak goyah,namun aku sedar bahawa masih ramai kawan-kawan aku yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar.

Walaupun aku sedih,tapi ini la yang dikatakan takdir.
Like he said,
"mungkin sampai sini je semua ni.."
dan aku cuba untuk terima kata-kata itu.Walaupun sepahit hempedu sekali pun,nak tak nak aku kena jugak telan.

Tapi macam Man kata,
"bumi itu bulat.Langit itu luas"
Dan aku percaya kata-kata tu.

Dan dalam Quran pun cakap,
"kalau Tuhan tarik sesuatu dari kita,Dia akan ganti yang lebih baik untuk kita"

Aku cuba untuk pegang semua kata-kata tuhh..

especially what Meor said to me..
"dia buang awak dalam hidup dia.Tapi kitorang tak penah buang kamu dari hidup kitorang.."

and what Faradib and Aini said..
"Mane Madiha yang aku kenal dulu?Yang sangat tabah?Walaupun aku tau kau memang kuat nangis tapi kau kena jugak kuat.."

hurm..entah la..

Apapun,dia dah jadi sebahagian daripada fragment hidup aku.Yang takkan mungkin aku dapat lagi.Mungkin dia dah jumpa orang yang berjuta kali lebih baik dari aku,yang mampu jaga dia,yang mampu menyayangi more than like I did dan aku berharap dia bahagia selamanya.

Life must go on.Aku masih ada kawan-kawan.Yang sudah pasti akan menyayangi aku selamanya.Dan takkan sekali-kali mengkhianati aku dari segala segi,yang akan menerima aku seadanya,dan yang sentiasa ada setiap kali aku memerlukan bahu untuk melepaskan segala duka yang terbuku di hati.

Ingat,
Langit itu luas.
Bumi itu bulat

p/s:hidupku bukanlah seperti novella yang bahagia di akhirnya.Namun aku percaya masih ada sinar bahagia untukku yang Tuhan jadikan.Tuhan itu Maha Adil kan?He knows the best for me.

Terima kasih Tuhan.

It's time to catch up with my life back.
Live life to the fullest!!


2 comments:

Aqida Jeff said...

salam...
kak madi...
this guy you're talking 'bout is...
HIM ka?
just please tell me...
coz i need to know...
sorry kalo buat akak sedeyh lg...
i really am...

Anonymous said...

HIM?
who is he??
hahaha..
entah la ..
mls nak pk.
its over.
so what?