It's seems like semua orang hampir nak wish farewell kepada semua yang ada di depan mata sekarang(i.e pc,internet,kawan-kawan,bedroom,katil,bantal busuk etc),aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya..eh,bukan!Aku nak buat dedikasi khas buat anda semua...SUPERHUMAN saya.
Kenapa mereka saya gelarkan Superhuman?Bukan sebab diorang ni macam Superman yang pakai spender kat luar.Tapi mereka telah mewarnai hidup aku dan menemani aku di mana sahaja.Sentiasa ada untuk aku...dan aku sangat hargainya...
budak kecik:aku tahu kamu tak kan baca benda alah ni sebab kamu ada 9 subjek yang perlu dibaca untuk SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009.Tapi aku sangat menghargai kamu kerana kamu sangat comel+baik hati+charming+dan sentiasa sudi melayan kerenah gedikku.Haha.Nasib kau lah SYAFIQ QASREN..haha.Saya ucapkan Good Luck in SPM 09.Ingat cabaran untuk kamu,dapatkan lebih banyak A dari saya!!!Saya sayang kamu lahh budak kecik!!
my busuk bro:haha.kamu pun sentiasa sabar mendengar tangisan aku yang mengada-ngada tu.Apapun,kamu sentiasa ada untuk aku dan sentiasa memberikan semangat kepadaku tatkala aku hampir berputus asa dalam hidup.Walaupun kamu selalu pow aku mase kat sekolah dulu,tapi aku tak kesah la.Terima kasih atas your wise advice yesterday.(3/5/09).Kamu tahukan,aku ini sangat naive.So,I really need you to guide me,ok?Buat ABDUL RAHMAN,aku doakan kamu sentiasa berjaya dan ......dan ape ye...???Ouh,jangan bersedih selalu.Jodoh ada di mana-mana.You deserved a better person la bro...
FaraDebab:Kawan aku dari form1.Orang pertama yang aku tegur masa hari pertama aku jejakkan kaki ke SMK BTP.Pertama kali,kau tertipu dengan penampilan aku sebab tudung aku agak besar dan kau ingat aku ni budak baik.Haha.Sekali aku maki budak laki lepas tu,kau terkejut.Haha.Masa aku gaduh dengan budak kecik aku pun,aku cari kau.Nangis-nangis kat phone umah.(yelah,dulu aku takde handphone harap maklum).Sampai ke tingkatan 5 kita masih sekolah yang sama walaupun kau dah duduk kat 5 Adioda kelas yang first.Aku pulak?Tercampak kat 5 Eliara yang sangat havoc.Tapi kau sentiasa ada masa nak ajar aku Addmath kan?Hurm..selalu jerit-jerit kat asrama macam la hostel tu kampung kita.Haha.Tapi aku bengang,orang kata kau maintain je dekat asrama.Tapi aku?makin menjadi-jadi gemuknye.Huhu.FARAH ADIBAH,kau memang teman aku.Dari dulu sampai sekarang.Nanti dekat ipt,jangan excited sangat cam kat sekolah dulu.Aku malu beb..~~
Meor Amirul Naqiuddin:Ouh,kamu baru kukenali di YM.Namun kamu juga kadang-kadang menjadi problem solver aku yang terhebat.Selamat berjaya di UIA la ye kawan!
An.Gah:Kamu,Ketua darjah aku ketika di Tingkatan 5 Eliara merangkap orang yang duduk di sebelah dan di hadapan aku.Dorm kau pun atas aku,so kiranya aku tak boleh lari daripada kau.Walaupun kau selalu tido dalam kelas,dengan dialog yang sebegini;"Madi,5 minit,"tapi kadang-kadang aku pun same terjebak dalam kancah sindrom tido dalam kelas ni.Silap-silap terlajak jadi setengah jam kalau takde cikgu yang masuk.Tapi aku kalau ade cikgu pun aku tido juga.Aku sangat seronok ketika kita lepak sama-sama dalam kelas dan membahan antara satu sama lain.Haha.Dengan kau,aku tak payah nak control-control sangat.Sebab aku tau,geng-geng kau kat Kundang pun satu spesis dengan aku gak.So NUR SYAHIRAH,terima kasih sebab jadi member aku yang paling best kat SESERI.Kau ingat tak dialog oral test kita.."up up and AWAY....!!!!!!"
Yaya:waaa....kau la guru bio aku.Dari awal tahun sampai la ujung tahun.Tapi aku tak dapat gak A dalam bio.Mungkin sebab aku tak dapat nak ingat apa yang kau ajar kot.Tapi aku senang faham dengan apa yang kau ajarkan.Sori la tak dapat A untuk bio.Kau tau kan,aku kurang minat dengan bio.Haha.Kau sentiasa buat aku gelak sampai rasa nak pecah perut.Nasib baik tak pecah lagi sebab aku belum kena busung.Kau selalu kena panggil aku untuk hadiri kelas bio kau kan Ya?Haha.Gila VIP aku.Huhu.Thx for everything Yaya!Aku doakan kamu wahai NUR NADIYA,sentiasa tabah dengan ujian hidup nih.Betul la Ya....MAKAN ITU SERONOK!!
DynoTopia:teman sebelah katil aku.Memang confirm dia takkan baca benda ni sebab die pun satu spesis dengan budak kecik,tak minat benda-benda cyber nih.Tapi lantak la aku nak tulis gak.Hari-hari kita main sms since that kau dah ada UOX.Kau masak terlebih garam pun kau mesej aku.Aku minat dekat Fahrin Ahmad pun aku sms kau.Maklum la..1 sen je kan.Huhu.NURQASTEENA,aku sayang kau la...hati-hati dekat PASUM kau tuh.Banyak spy untuk kau.Haha.
Si Tinggi:SHAIDATUL NADIA...walaupun kau selalu menumpang dekat dorm aku dulu,tapi aku tak kisah.Nasib baik loker kita cukup besar untuk tampung baju-baju kau dan aku.Kau memang Power Rangers Sekolah la..haha.Kau pun selalu nasihat aku dan selalu peluk aku masa aku sedih.Nanti kite tengok cite hantu lagi ye Shy.Tapi kau kena tengok dari mula sampai habis.Tak boleh tutup muka macam mase kita tengok UNborn dulu.Haha....
H.O.D addmath:sape yang tak kenal dia angkat tangan??!Hantu coklat yang mengajar aku makan coklat tak henti-henti.Tu la pasal aku gemok weyh!Aku sebenarnya tak tau camne kite boleh rapat tapi aku suka kawan dengan kau sebab kau selalu ajar aku addmath.Yang aku paling tak boleh lupa,kau buatkan nota bio untuk aku.So sweet la kawan!Aku siap tampal kat loker depan aku dalam dorm dengan harapan aku dapat baca setiap hari masa bangun tido.Memang aku bace,tapi tak ingat.FARAHIYAH NASUHA.....belajar la medic elok-elok.Jadi psychiatry yang bagus.Nanti aku saket jiwa aku jumpa kau.Dapat kos rawatan free..harga member lame kan..~
si bunga:LILY UMYRA.huh.kalau kau senyap 5 minit aku heran.Tapi bila kau bukak mulut aku jadi tak tahan.Haha.Mase form 4 aku tengok kau cam nerd,tapi dah form 5 ouh rupanya aku silap.Haha.Kau antara supplier makanan terhebat dengan kotak makanan kau dekat bilik kopi tuh.Satu loker tu kau punya!Kau bayar yuran lebih ke ha??
tukang kata politikus:kau...ALYA SYAHEERA,mau jadi ahli politik ka??Aku sokong!Kalau kau duduk dalam parlimen,aku rasa semua orang takot.Haha.Walaupun mulut kau buat aku rasa macam nak bakar je tapi hati kau baik.Haha.Ye ke?Betul la...Kadang-kadang hati ni tersayat juga dengar ayat-ayat kau..tapi..kebenaran itu pahit namun kena telan jugak.Haa...aku kagum tengok buku mengumpat kau tuh.Tebal kemain.Mesti banyak umpatan kau dalam tuh.Haha.Aku takot nak satu kolej dengan kau la pompuan!Nanti hari-hari aku kena rogol dengan kau.Balik KL aku jadi tak suci dah...hahahah....
Hurm..aku rasa macam ade lagi yang aku nak tulis.Tapi sekarang aku belum dapat figure out lagi sape calon-calon yang sesuai untuk diletakkan di sini.Maaf sekiranya saya tertinggal anda..namun yang pasti saya sayang kamu semua.
To all my superhuman...terima kasih sebab sentiasa bersama aku tak kira masa.Kamu semua umpama sebahagian daripada fragmen kehidupan aku yang penuh dengan suka,duka,ketawa,tangisan dan sebagainya.Andai aku bisa mengutip kembali fragmen-fragmen ini dan menyambungnya,maka akan jadilah satu hamparan kehidupanku yang sangat cantik.Umpama pelangi menghiasi langit selepas hujan.
Sekali lagi..
AKU SAYANG KAMU..!!!!
p/s:nanti mau kawen jangan lupa ajak aku ha..~~~kecuali budak kecik sebab aku mau kawen sama dia..!!haha~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment