Tunggul

Kamu pernah dengar tunggul?

Ya, tunggul. Mesti pernah dengarkan? Sebenarnya tak ada apa pun dengan tunggul tu. Cuma terpanggil bila berbalas tweet dengan kawan tentang PRU13 yang bakal menjelang ni.
Oh by the way, tahun ni aku tak mengundi. Aku lupa nak mendaftar. Nantilah, kalau aku free aku mendaftar. Aku sedang sibuk perasan sibuk ni. Ahaks. *kekenyit mata*

Kawan aku kata aku ni macam tunggul, sebab layak mengundi tapi tak boleh mengundi untuk tahun ni. Macam tunggul. Lagipun aku banyak diam, memerhati dan menganalisa pelbagai pandangan manusia tentang pilihanraya kali ni. Ada yang panas, ada yang suam-suam, ada yang light light sajohh. Biarlah. Lepas 5 Mei ni reda la sedikit gamaknya.

Pada aku, biar jadi tunggul. At least bila terlanggar tunggul, kaki sakit. Kalau jadi lalang, terbang saja mengikut angin ke mana saja bertiup. Tak tetap pendirian. Lagi sedih, kalau pendirian kau tu terlampau banyak emosi dalamnya, tak ada unsur argument ilmiah.

Yang penting, mengundilah dengan bijak ya kawan-kawan? Kalau boleh, rahsiakan sajalah undi kalian. Itu lebih baik.

Senyum :)

p/s: kalau engkorang rajin, rajin-rajinkanlah diri klik nuffnang aku. Lama tak masuk duit ni. Aku teringin nak berjalan ke Vietnam. Duit tak berapa nak ada ni. Ahaks!

No comments: