Tukar wajah

Adalah beberapa kali, aku  ada rasa nak tukar template dan layout blog aku ni.
Sebab apa?
Kamu tengoklah sendiri, terlalu kelam, gelap, hitam dan terlalu misteri. Tak ada unsur gadis langsung.

Bukan aku tak suka tengok blog orang lain ada template comel-comel warna pink ada kartun bagai, tapi bila aku nak buat untuk blog sendiri aku jadi geli geleman pulak.

Makanya, aku putuskan untuk biarkan blog ni dalam keadaan yang seadanya. Terus jadi kelam, gelap, dan misteri, macam aku juga.

p/s: merah dan hitam memang warna kegemaran aku, selepas TERLALU ramai yang sibuk nak suka warna pink macam aku dekat rumah ni. Hish sibuk je tiru tau! Tak suka! Tak suka!

No comments: