Semalam aku baru berjaya habiskan voucher buku aku yang berbaki lagi RM50 dengan membeli satu kamus Oxford English dan sebuah buku karya Eyman Haykal yang bertajuk Detik Debar. Memang nasib malang bagi aku yang bermastautin di bumi Perlis ini kerana sekarang regu buku-buku aku semua sibuk pulun Buku Fixi. Ada yang hari tu aku jumpa dekat area Selayang pun macam kurang menarik. Aku nak buku Pecah. Tapi sampai sekarang tak jumpa lagi. Orang dah sibuk nak baca Kitab Terfaktab 2 dah, aku yang nombor 1 bau pun tak dapat lagi.
Kalau bercakap pasal buku, sekarang aku fond kepada buku-buku yang berbentuk aksi, thriller, hidup dan unsur suspen yang boleh buat aku sampai tak tidur malam sebab terbayang-bayang. Kalau ada orang offer aku buku-buku macam Ombak Rindu ke, Gemersik Kalbu ke, Bicara Hati ke, aku ucap banyak-banyak terima kasih.
Sebenarnya aku nak buat sedikit review pasal buku Detik Debar ni. Tapi aku rasa aku macam sibuk sikit. Lain kali je la aku buat review.
Hehe.
No comments:
Post a Comment