This is so unfair!

Both of my parents are government servant. Just so you know.

Selalunya, orang akan selalu cakap yang kerja dengan kerajaan ni seronok, kau goyang kaki je hujung bulan dapat gaji. Kau melepak time kerja pun tak ada apa hal. Kau minum pagi sampai lunch hour pun tak ada masalah, dan yadda yadda yadda...~

Setiap kali aku dengar orang complaint pasal benda-benda macam tu, tak kiralah benda yang aku mentioned dekat atas ni ataupun benda lain, as long as ia berkaitan dengan sesuatu yang negatif berkenaan dengan kakitangan kerajaan, setiap kali tu hati aku tersayat pilu. Aku jadi sedih.


Sebab Ibu dan Ayah aku tak macam tu. Mereka bekerja sampai tak cukup masa. Keluar pergi kerja masa hari tengah gelap, balik rumah pun hari dah gelap. Jumpa anak-anak pun lagi jarang daripada jumpa orang dekat ofis.

Sampai ada satu tahap, Ayah aku marah sebab aku call dia masa office hour. Tau tak apa dia cakap?


"Kalau Madiha nak minta masa kerja Ayah, pergi mohon dekat menteri. Cakap nak pinjam Ayah punya masa office hour..."
Masa Ayah aku warning aku macam ni, aku still sekolah rendah, dalam 9 atau 10 tahun macam tu. Dan sampai sekarang, 10 years after that, yang mana sekarang ni masa kerja beliau dah agak fleksibel berbanding dulu pun, aku masih rasa takut nak call dia masa office hour.
So do my mum.

Jadi ada ke patut kalau mak ayah kamu kerja bagai nak gila, tiba-tiba ada orang yang secara enaknya melakukan generalisasi secara melulu sebegitu rupa?!
This is so unfair!

Dan setiap kali aku dengar orang complaint pasal government servant, aku akan cakap,

"Ibu dengan Ayah aku tak macam tu....."

For the past 7 years, aku 'hilang' Ibu dan Ayah aku kerana komitmen mereka terhadap kerja. Ya, saat seorang anak perlukan sangat-sangat ibu bapa untuk menjalani hidup sebagai remaja. Dan selepas 7 tahun, bila nak bina kembali perasaan memerlukan tu dah bertukar menjadi sesuatu yang awkward. Aku selalu persoalkan kenapa jadi macam ni. Tapi semakin lama semakin aku faham kehendak dunia, aku tahu mereka sedang melakukan ibadah, mencari rezeki untuk keluarga. Malah aku makin faham dengan satu benda,


kalau kamu tidak berintegriti tak perlu untuk tunggu kamu bekerja untuk agensi apa, kalau kamu pelajar pun tapi dah pandai pecah amanah pun orang takkan jatuhkan hukum semua pelajar itu teruk.



p/s: gov servant yang 'mengulor' masa kerja tu, bawak-bawaklah bertaubat, esok dekat akhirat Tuhan tanya baru ketaq lutut nak jawab! Lagipun rezeki yang kamu dapat tu jadi kurang bersih sebab tak bekerja dengan bersungguh-sungguh! Ingat tu!

No comments: