Sometimes I feel that I've being to feminist. Kadang-kadang aku rasa agak jaki melihat perempuan yang terlalu bergantung kepada lelaki. Come on girls, we can be much much better than that. (ha see?)
Aku rasa semua ni berpunca daripada novel-novel Bahasa Melayu tipikal yang aku selalu baca masa umur aku 13 dan 14 tahun. Apabila melihat watak-watak wanita terlalu diperkotak-katikkan, aku rasakan bahawa dalam sesetengah perkara, women should stand with their very own feet. Dan aku sangat tak suka apabila perempuan itu dianggap sebagai satu entiti yang lemah, hati tisu, and being too much depending on the others.
Ok cukuplah aku cerita tentang itu. Nanti lelaki terasa macam tak berguna pulak.
And the reason is, Ibu aku memang selalu pahatkan dalam minda aku dengan "Jangan terlalu percayakan lelaki" sejak aku mula kenal alam separuh dewasa. Tapi dia cakap macam tu bila kami berdua bersembang, masa Ayah aku tak ada di tempat kejadian ataupun apabila menonton berita tentang pengeksploitasian ke atas wanita. Dan sampai sekarang, aku susah nak percaya lelaki.
Tapi anak-anak kepada kakak dan adik Ibu aku SEMUA lelaki, dan kawan baik aku pun RAMAI lelaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment