Resepi daging

Hari raya Aidiladha. Masa yang sangat berkat dan kita mendapat berkilo-kilo daging korban dari masjid atau surau-surau yang berhampiran dengan rumah kita.

Dan freezer pun penuh dengan daging. Kambing, lembu, kerbau, unta dan mungkin jugak terselit daging ayam yang tak sempat nak dibuat rendang akibat terlalu sibuk dengan daging-daging korban yang lain.

Satu masalah pulak nak masak daging-daging ni. Kalau dapat buat kenduri doa selamat ke okaylah jugak, ni kalau setakat 4 orang makan apalah sangat. Jadi moleklah sekiranya kita dapat mempelbagaikan masakan berasaskan daging ni supaya aktiviti memakan daging akan menjadi lebih seronok dan berwarna warni.

Contohnya,
hari ni masak rendang,
esok masak merah,
lusa buat sup,
lusa punya esok buat masak kurma
seterusnya masak kicap,
bbq,
buat rencah sayur tumis,
gulai daging,
kasi blend and campur dengan tomato puree then boleh buat bolognese,
dan sebagainya ya.

Pastinya aktiviti makan menjadi lebih seronok.

Dan makan itu memang seronok.
Sekian, bertemu lagi di lain rancangan di saluran dan masa-masa yang lain.

2 comments:

Saidatul Madiha Abd Rahim said...

jammed usus makan daging tak berhenti.haha

Madiha Ilham said...

dish: yeah. lepas tu tekanan darah turun naik macam roller coaster.