Hidup dalam suasana baru kadang-kadang boleh jadi menyeronokkan, ataupun sebaliknya. Ataupun boleh membuatkan diri sendiri terasa pissed off dan rasa nak pergi dekat sesiapa dan mencarut sesuka hati. Tapi aku tak buat lagi macam tu.
Serupa macam aku. Hidup dalam suasana baru, dan belajar pelbagai perkara baru.
Before this I only learned Science. And I got no basic about Business at all. Accounting pun tak pernah nak ambil tahu apa jadah benda tu. Marketing pun tak pernah nak tengok even sebelah mata pun.
Okaylah tu, belajar benda baru. At least I got something extra than others. Kononnya.
Masa kelas marketing, aku belajar tentang marketing myopia. Rupanya dalam marketing pun ada myopia. Aku ingat mata je ada myopia. Hebat. Dahlah nota yang ada macam untuk orang yang dah belajar bisnes bertahun-tahun. Jadi aku tanya lelaki di sebelah aku,
" Bro, marketing myopia tu apa?"
Lelaki yang dulunya tak pernah ada basic dalam akaun, dan tiba-tiba terpaksa belajar akaun di matrikulasi. Confirm, mesti dia bimbo gila dulu, macam aku sekarang. Tapi sekarang dia dah hebat dalam selok belok bisnes. Aku salute sama lelaki tu.
"Marketing myopia tu macam kita kecilkan skop perniagaan kita." Sambil dia rujuk kepada syarikat kereta BMW, Disneyland dan blablablaaa...
Aku kurang faham. Buat muka depan dia.
" Okay, macam ni. Macam hang dululah, hang kan dulu belajar biologi kan? Ha tapi la ni hang belajar bisnes pulak. So maksudnya hang boleh pergi dua-dua bidang. Memang susah. Tapi once nanti bila hang dah nampak tujuan sebenar hang, baru hang boleh fokus dalam satu bidang. Lepas tu mesti hang berjaya punya. Macam tu jugak dengan marketing..."
Aku suka gaya lelaki ni.
Tersentuh naluri aku. Dia punya analogi memang terbaik habis.
Jadi marketing myopia dah ajar aku dua perkara, strategi perniagaan dan strategi dalam hidup.
Semantik habis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment