Hai semua, aku baru pulang dari kampung. Memenuhi undangan kenduri kahwin orang yang aku tak kenal. Err I mean, sepupu aku punya ayah saudara. Jadi untuk tak memeningkan kepala, aku cakap aku tak kenal pengantin. Cuma ibu pengantin itu biras kepada nenek aku. Tu jelah yang boleh aku cerita. Nak lebih-lebih aku malas nak cerita.
Lepas kenduri, aku duduk di ruang tamu, bersama-sama 2 orang makcik dan seorang sepupu aku. Bagi orang yang agak pendiam bagi aku, ini menjadi satu perkara yang amat mengujakan bila aku dapat membuang perasaan malu dan duduk bersama-sama mereka dan bersembang.
Tiba-tiba salah seorang makcik aku tanya,
" Ha Madiha, kamu tengah cuti kan sekarang? bila masuk sekolah balik? "
" Err.. dalam bulan 7 kot. Nanti sambung masuk universiti pulak, " aku jawab sopan.
" Alaa kamu, belajar tinggi-tinggi kang ke dapur jugak perginya. Tak payah laaa.." kata beliau tanpa rasa bersalah.
Aku senyum tawar.
" Ha betul tu, kang silap-silap jadi suri rumah sepenuh masa je. Tiap-tiap bulan laki bagi duit. Kan senang.." sampuk yang lagi seorang.
Aku senyum pahit.
Tapi sebenarnya dalam hati,
" Ha yela tu! Kalau tiba-tiba laki aku mati lepas tu tak tinggal satu sen pun, aku nak makan apa? Nak kerja apa dengan 6A SPM ni?!"
Ha kamu, jangan nak cuba-bagi dialog Pak Belalang yang berbunyi " alaaa sedangkan ulat dalam batu pun boleh makan, apatah lagi kita".
Itu ulat, ini aku. Lain tu.
2 comments:
ngeh2,jawapan baek pnye dlm hati;)
Yeah. tak bagi semangat betul. dah la tengah down dengan study, dapat pulak macam tu. Huhh
Post a Comment