He's so Gay

Aku sedang menonton berita jam 8 bersama adik aku yang berusia 8 tahun. Sebuah pusat urut diserbu kerana dipercayai menawarkan khidmat seks sejenis. Siap letak gambar-gambar model, untuk buat pilihan. Silap, bukan model, kalau aku kata pelacur versi lelaki boleh tak? Aku tak tahu nak terangkan macam mana.

Aku sibuk menjuih bibir, mengeji mereka sambil kata " uhh jijik gilaaa dengan dia orang ni..!"
Jahat sangat ke bila aku buat macam tu?

Tiba-tiba adik aku, dengan penuh enthusiasm, " Uhh.. he's so gay..!!!" sambil berjoget depan tv.

Aku pandang adik aku " apasal Tia cakap macam tu? Tu tajuk lagu la budak, "

Adik aku jawab sambil gelak-gelak " uhh yelaa, dia orang lelaki sama lelaki, bukan gay ke tu? "


Aku tunduk menyerah diri.
Budak-budak zaman sekarang ni, advance betul.
Aku masa 8 tahun tahu main masak-masak je.

p/s : lupa nak tanya, kalau perempuan dengan perempuan apa pulak dekat dia. Tapi kalau dia bagi jawapan tepat mungkin aku pengsan dekat situ jugak kot.

No comments: