Corrections

Masa aku sekolah rendah, aku pernah diberi mandat oleh guru Bahasa Inggeris aku untuk memeriksa karangan rakan-rakan sekelas, dan beri markah yang sepadan dengan esei mereka.

And I managed to do it well. Tapi beliau tak bagi esei aku sendiri. Yang itu beliau periksa sendiri.

Well, languange is our thing. Kata kawan baik aku, seorang pendebat bahasa Inggeris yang hebat. Aku cuma pelontar  bahasa ibunda kerana aku kurang yakin dapat bertutur dengan bahasa penjajah ini di hadapan orang ramai.

Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula meminati bahasa Inggeris. Setelah hampir 10 tahun Ibu aku  cuba menanamkan minat dalam diri, baru dapat hasil. Better late than never isn't it?

Dan aku mula membaca semua benda yang aku fikirkan boleh memantapkan bahasa aku, blogwalking, newspapers, magazines, jurnals and etc etc etc. Ketika blogwalking, aku cuba mengenal pasti di mana kesilapan si penulis, kalau ada, dan cuba membetulkan dan ingatkan diri sendiri agar tak lakukannya di masa hadapan.

Tiba-tiba satu hari Ayah aku serahkan Blackberry beliau, dan mengarahkan aku untuk membetulkan penggunaan bahasa dalam emel yang dihantar oleh staf beliau. Sadly says, I can't do it. Macam senang, tapi aku tak mampu nak betulkan. Adrenalin rush mungkin.

Kemudian beberapa hari lepas, seorang kawan lama kata dekat aku;


" Improve your vocab, will you?! "


Baik cikgu.

No comments: