Ramai yang tahu, keluarga aku hanya terdiri dari 4 orang; Ayah, Ibu, aku dan Tia. Tak ramai. Tapi meriah kalah orang anak sepuluh. Sebab? Aku dan Tia suka memekak tak tentu hala sampai Ibu aku mengamuk suruh diam. Padan muka kita orang.
Dan memandangkan aku seorang yang berusia 19 dan dah boleh bawa kereta jadi secara tidak langsung aku perlu menjadi co-pilot ketika mereka hendak ke mana-mana. Tak kisah jika ikut Ayah dan Ibu aku ataupun hanya mengikut salah seorang dari mereka. Nak pergi Putrajaya pun kena ikut, dengan alasan " Haa nanti Madiha boleh jaga kereta, tengok-tengokkan parking blablablaaa..."
yang aku tak faham, muka aku ni muka jaga kereta ke?
Dan bila aku duduk dalam kereta, mesti aku kena tahan dengar segala luahan perasaan dia orang. Suasana dia macam ni,
Scene 1: Bila dengan Ayah aku.
" Ayah tak faham kenapa kadang-kadang Ibu blablablaaa........."
Scene 2 : Bila dengan Ibu aku.
" Ibu tak boleh terima bila Ayah buat macam ni blablablaaaaa..."
Scene 3: Bila semua duduk dalam satu kereta.
**Nyanyi lagu Sheila Majid ramai-ramai. Tak pun lagu Jamal Abdillah.
Tak sangka rupanya Ibu dan Ayah aku ni percaya yang aku ni such a good listener jugak.
Okay tiba-tiba rasa nak jadi perunding rumah tangga pulak. Tengah tak ada kerja ni.
p/s: kan bagus kalau Ibu Ayah aku pun percaya bahawa aku memang tengah tak ada duit?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment