Aku tak pernah dapat A dalam paper English aku, sepanjang aku berada di kolej. Yeah. Satu aib yang sangat besar. Di sekolah dulu pun jarang dapat A, cuma masa peperiksaan PMR dan SPM yang pemeriksa baik hati terlebih bagi aku A. Selain itu, harammm...
Sementelahan peperiksaan hujung semester semakin hampir, pensyarah English aku banyak bincang strategi untuk menjawab soalan esei English.
Hey! I suppose to write this post in English. Okay tak apalah sebab hari ni aku kurang bersemangat nak bercakap bahasa orang putih.
Okay, back to the story then.
Lepas pensyarah memberikan pelbagai tips yang berguna untuk diaplikasikan dalam esei, aku baru tersedar sesuatu.
Esei aku sebenarnya macam taraf budak tak belajar English. Macam mana boleh dapat A dalam SPM? Itu aku tak tau. Patutlah dapat band 3 je MUET. Macam haramm..
So lepas ni, aku nak bagi impression yang hebat gila dekat pemeriksa English aku dengan buat introduction yang hebat-hebat. Biar dia orang respek sikit sama aku.
Aku akan letak quote manusia-manusia hebat seperti Dr Martin Luther King Jr., Aristotle, Plato, Abraham Lincoln, Saidina Ali, George Washington, Dr Mahathir, John F Kennedy, dan Dr Mohd Ilham.
Eh, itu ayah aku.
Confirm, mesti examiner impressed gila punya. Lepas tu bagi markah tinggi dekat aku. Berdendam sungguh aku nak dapat A untuk English.
Jadi kawan-kawan, mulai hari ni mari kita bersama-sama google cari quotes dari manusia-manusia ini. Tapi kalau dari Ayah aku susah la jugak nak google. Kena jumpa face-to-face. Baru valid.
p/s: Ayah aku pun manusia hebat jugak lah!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment