Aku tak tahu apa yang buat duit aku semakin susut hari demi hari, tapi ada beberapa kemungkinan;
- Aku terlalu boros berbelanja. Tapi aku hanya belanja diri aku sendiri, bukan orang lain. Mascara aku yang dah habis pun aku tak sanggup nak beli lagi. Membazir. Buat masa sekarang.
- Ada toyol yang curi duit dari dompet aku.
I'll go for the second one.
Sebab sebelum pergi kelas hari tu aku periksa dompet aku ada dalam RM30, tiba-tiba bila aku periksa balik tinggal RM10 je. Apa semua ini?!
Jadi toyol mana yang curi duit aku sila mengaku sekarang sebab aku memang kekurangan duit nak bayar yuran tuisyen math, makan lagi, air 100plus setiap hari lepas main tenis dan sebagainya. Jangan risau, aku takkan hukum kau. Aku baik.
Jadi hari tu aku secara indirectly cuba minta duit dari Ayah aku, dengan keluarkan ayat macam ni;
" duit dah tinggal sikit laa..."
Okay langkah pertama dah selesai. Harap ayah aku faham.
Dan tiba-tiba satu malam ketika aku sedang membuang masa di hadapan laptop, Ayah aku call.
Ayah : Hey duit dah habis ka?
Aku : Ada la sikit. Dalam RM100 lebih macam tu.
Ayah : Duit scholarship mana?
Aku : Tu la dia. Standard la tu. Reformat laptop je hari tu dah dekat seratus lebih.
Ayah : Alaaa.. lu topup banyak sangat la tu..
Aku : Mana ada.. Betul. Memang banyak sangat pakai duit sekarang ni. Nak bayar tuisyen lagi..
Ayah : Gua boleh bagi lu duit. Gua memang takdak hal punya.. tapi gua nak mintak pendapat pegawai kewangan kat rumah dulu.
Aku : Ala.. itu takdak hal punya la tu. Mesti lepas punya....
Ayah : Lepas tu gua sekarang dah ada penasihat ekonomi, kena mintak pendapat dia jugak. Lu ingat senang ka nak duit? Gua memang takdak hal punya..lu ikut kata penasihat ekonomi dulu la, dia pegang 20% ekonomi rumah wooo...!!
** pegawai kewangan = Ibu aku
**penasihat ekonomi = adik aku.
Aku : (dalam hati ) alahhh.. ini sudah kacau.
Confirm adik aku takkan bagi Ayah aku masukkan duit untuk aku. Nanti dia cakap aku nak membazir beli itulah, inilah... Dia dengki sebenarnya tu. Aku tahu.
2 hari aku gelisah dalam kelas. Mengenangkan nasib duit yang semakin susut dalam akaun bank.
Tapi pagi tadi, aku dapat sms dari CIMB clicks, yang duit dalam akaun aku dah bertambah. Jumlah dirahsiakan atas sebab keselamatan.
Okay, I'm safe. For this time.
p/s : harap tak ada pemilik toyol yang baca blog aku, nanti dia hack akaun aku pulak lepas ni. Toyol sekarang dah canggih! percayalah!
No comments:
Post a Comment