Biodiversity

Aku baru teringat, umur aku dah 19 rupanya (ikut tahun bukan ikut bulan) bila salah seorang kawan abang aku tanya. Okay I'm getting older. I knew it.

Aku ada satu tabiat yang sangat sukar untuk aku tinggalkan, menonton kartun. Sebut apa sahaja jenis kartun, semua aku tengok. Ohh hentai je aku tak tengok. Baikkan aku? Terima kasih.

Kegemaran aku, Spongebob. Tak percaya sila tengok bedsheet aku. Aku curi adik aku punya. Gila buruk perangai. Haih.

So tadi aku ada amali biology, kena lukis kingdom Animalia. Adalah beberapa jenis binatang yang perlu dilukis. As we all know aku bukan seorang pelajar jurusan seni yang hebat melukis...

Jadi ini hasilnya, akibat terlalu banyak pengaruh kartun;




Kau boleh bayang tak siput yang betul dengan Gary haiwan belaan Spongebob? Ada nampak tak persamaan dia?




Meet my Mr Crab. Harap dia bayar aku lepas ni sebab lukis gambar dia dengan begitu menarik dan sangat adorable.



Ini ular. Jangan buat-buat tak tahu pulak. Aku hampir nak buat dia tersenyum manja dengan barisan gigi yang putih cantik tersusun tapi aku batalkan niat tersebut. Ketua kelas aku cakap aku mesti letak nama dia kalau tak lecturer aku tak kenal pulak nanti. (ada nada perli di situ!)



So, apa macam? Menarik bukan? Harap lecturer aku tak marah lah. Tapi yang lain aku lukis elok je. Cuma 3 binatang ni je kurang senonoh aku buat.

=)

4 comments:

LaVenDetTo said...

gary mata dia besar!!
shell dia bulat!! hahahahah..

Madiha Ilham said...

ohh iye tak ye. tak ingat pulak aku. dah lama tak tengok spongebob lol

Muhammad Hazman Saharuddin said...

artis menyanyi je, x melukis tao

Madiha Ilham said...

haha. itu best. takleh nyanyi nanti lecturer marah lol.