You may go to the hell...

Aku baru baca surat khabar semalam, bukan baca surat khabar semalam tapi semalam baru aku baca surat khabar. Tak faham? Abaikan. Ini sekadar petunjuk awal yang aku semakin gila.

 Kes orang buang bayi berlaku di mana-mana sekarang, macam kes orang buang sisa toksik dalam sungai.

Aku keji kedua-duanya.
Yang buang toksik tu memang sah tak cukup sivik. Otak dekat kepala lutut yeah?
Kau buang benda kotor dalam sungai lepas tu kau minum juga air sungai tu, so secara machonya kau dah bunuh diri sendiri dan orang lain, mungkin aku juga. Kalau aku mati sebab terminum air bercampur pollutants, aku jadi hantu dan cari kau sampai dapat. Lepas tu, suka hati akulah nak buat apa dengan kau. Biar kau rasa.

Yang buang anak lagi satu hal.
Ini nak kata otak dekat mana pun tak tahu. Mungkin masih ada dalam tempurung kepala tapi cuma tak tahu guna kot. Ataupun masih belum tahu menggunakan potensi akal yang Tuhan bagi. Tapi dah tahu macam mana nak buat seks haram dan lahirkan anak haram. Ironic bukan?

Apa dia ingat, bayi tu macam tisu yang dah guna ke? Tak nak so kau boleh buang dekat mana kau suka?
Yang salahnya kau, kenapa kau letak dosa kau bersama bayi yang kau buang tu? Supaya kau rasa boleh disucikan semula? Damn it. Minda kau sempit.

Takkan tak pernah belajar sains, when you're having sex, the chances to get pregnancy will be there! Tak kiralah kau guna kondom atau tak, mungkin masa tu Tuhan nak tunjuk yang Dia berkuasa nak lakukan apa sahaja, so Dia bagi kau merasa mengandung.
Rasa macam tak berbaloi bukan, kau dah bawa lagi satu manusia dalam badan kau 9 bulan lepas tu kau buang merata-rata. Yang lagi best, pergi bakar. Eh ingat budak tu bahan bakar ke?

Aku tak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini, sebab pada aku, yang bagi mengandung dan yang mengandung serta yang membuang semuanya bersalah. Kalau aku fire kaum wanita je nampak macam gender bias pula. So to be fair, I'm blaming both. Senang cerita.

 Dan aku tidak prejudis lagi dengan ungkapan cinta suci. Cuma kita, manusia yang bebal lagi kurang moral ini yang mencemarkannya. Terima kasih.

4 comments:

. NURILLAHEE . said...

sokong2 !
yahh !.

p/s:certain pepel mmg xblaja sci lahh . so they dun hve any idea abt d process .

hahh .

Madiha Ilham said...

erm. buat penat sekolah je. last2 menyusahkan org lain jugak..


or maybe they learnt it during their schooltime, tapi tdo dlm kelas kot? tu yang tak tahu tu....

Raudhah said...

saya mmg sokong!!! berzina dah dapat satu dosa. buang anak tambah2 lagi berdosa. org mcm ni mmg x pndai guna otak yang tuhan bagi.

Madiha Ilham said...

tau guna tapi guna untuk merosakkan diri. okay la tuh