Hai semua.
Aku sangat sibuk kebelakangan ni. Tapi jangan risau aku tetap akan terus mengarut seperti biasa.
Dan hari ni aku malas nak pergi berlatih tenis walaupun pertandingan aku hari Ahad ni. Berlagak gila? Yeah aku tau.
Sebab hari ni aku khaskan untuk melepaskan segala persoalan yang terbuku di hati dan lubuk minda aku.
Jadi mungkin post ini aku akan kurangkan mengarut. Ingat, dalam post ini sahaja. Yang lain, tengok dulu. Ikut keadaan.
Aku kurang faham, kenapa orang kita mempunyai satu budaya yang agak kurang sihat ini. Budaya yang diberi nama ' susah-nak-cakap-sorry-dan-thank you'
Sebagai contoh, kalau ada orang tolong ambilkan barang kita yang terjatuh atau apa, susah sangat ke nak cakap ' terima kasih ! '
Macam bila tiap-tiap petang aku berlatih tenis, bila ada yang tolong kutipkan bola untuk dia orang mampus nak dengar dia orang cakap terima kasih. Tak kisah la lelaki ke perempuan. Ada jugak la yang cakap. Tapi boleh kira bilangan dia.
Aku bukanlah kisah sangat dengan ucapan terima kasih tu, tapi come on lahh, ini kan common sense. Elok-elok orang dah baik hati nak tolong, tak tau nak appreciate pulak. Whatdefak la kan?
Bukannya kena bayar sesen pun kalau kena cakap terima kasih. Ish. Gila buruk perangai.
And then, pasal bab cakap sorry.
Tadi aku masuk bangunan pentadbiran. Secara tidak sengaja aku terlanggar seorang perempuan. (alamak tapi aku rasa dia pun langgar aku jugak kot ). Aku pandang perempuan tu then aku jerit " Sorry!" tapi minah tu buat dunno je. Ada ke patut?
Elok-elok aku jadi baik nak mintak maaf sebab terlanggar dia terus aku mencarut maki perempuan tu sesedap rasa aku. Padan muka kau perempuan.
Bukan perempuan tu je, ramai lagi orang kat kolej ni yang tak reti nak minta maaf bila terlanggar.
So, rajin-rajinlah nak ucapkan sorry and thank you yahh. Tak susah pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment