Hitam putih kehidupan

Aku letih.
Aku penat.
Aku jelak.

Melihat semua ini.
Kesemua perkara yang semakin hari semakin menggila.
Semakin mengajak aku untuk mengeji semuanya.
Semakin membuatkan aku rasa bahawa wujudnya kau hanya membangsatkan dunia.

Aku benci melihat dunia
Yang semakin hari membuatkan aku rasa tertipu
Tertipu dengan keindahan warna-warninya
Padahal,

Yang ada hanyalah sekilas warna hitam dan putih.
Namun terselindung,
dek cerahnya warna kuning,
terangnya warna merah
damainya warna hijau
sucinya warna biru.

Tapi sebenarnya
itu semua dusta!

Aku semakin tertipu dengan keindahan hidup
Mungkin kau tidak
Sebab kau hebat
Aku tahu.


Ironi bukan?

No comments: