

Cerita mengenai Raizo, seorang anak yatim yang dilatih untuk menjadi ninja dalam keluarga Ozunu. Well kalau kita tengok pun ninja ni memang takde hati perut langsung. Ninja boleh ubah tubuh badan kau jadi macam daging korban yang lepas dilapah dan sedia untuk diagihkan kepada orang ramai. Cuma mayat kau jadi lagi hina la. Takde orang nak kutip serpihan tubuh kau malah dibiarkan membusuk je. Seorang ninja dilatih agar tidak mempunyai hati dan perasaan kerana kalau itu yang terjadi akibatnya sia-sia je la kau jadi ninja. Setiap senjata memang tajam gila dan badan kau boleh terbelah dua dalam sekelip mata je. Jangan mimpi dengan senapang kau hebat la. Aku tak la rasa mual sangat masa adegan bunuh membunuh tu sebab tak kejam sangat bagi aku cuma ada satu part je yang buat aku meronta-ronta dalam panggung dan kalau tak kuat iman aku dah seret siapa-siapa keluar. Tapi rugi la..dah la orang belanja. Haha. Darah memang menjadi mainan dan nyawa jadi taruhan. Setiap keaiban mesti ditutup dengan darah dan nyawa. Gila bukan?
Teknik lawan memang hebat. Sebab ni melibatkan pertembungan ninja dengan pasukan tentera. Tapi yang bestnya mesti la ninja menang.Cuma yang agak mengelirukan ialah, apa kaitannya ninja, pembunuhan bekas Presiden Rusia dan Berlin? Dan wanita yang bernama Kiriko? Mungkin aku patut google untuk tau tentang semua itu. Ouh plus, 100 paun emas.
Masa Raizo bunuh orang tu aku dapat rasakan satu kepuasan total bagi dia sebab dapat laksanakan tugas dia dengan mudah,begitu juga aku. Sebab dapat bunuh segala perasaan bangsat dalam diri aku ni sekali. Dan tak keterlaluan semangat ninja mengalir dalam tubuh aku. Okay ini statement berlagak dan poyo aku je. Abaikan.

Kemudian tengok cerita New Moon pulak. Urgh siapalah yang sibuk sangat nak tengok cerita ni aku tak tau la. Walaupun dulu aku agak eager nak tengok cerita ni tapi bila dengar yang cerita ni agak tak best terus mati niat aku. That's why aku tengok Ninja Asassin. Apa aku boleh cakap.... Jacob memang hot gila!! Mula-mula aku memang terkejut sebab dia still dengan rambut panjang dia tapi at last bila dah jadi werewolf dia potong rambut dia. Yeah...that's what I want. Haha. Seriously aku cemburu gila masa Bella peluk Jacob. Ewwaaahhh..kau dah ada Edward nak peluk orang lain pulak?! Haih terbakar aku!! Ouh lupa tadi pun Rain agak hot dalam Ninja Assassin. Huhu...
Masa dia berlawan dengan toplesss...wow...hot gila!!
Em dalam New Moon cerita dia agak dull. Dan lame dan apa sahaja yang kau boleh kata. Bosan. Jalan cerita dia agak lain dengan buku. Walaupun aku hanya baca buku dia separuh sebab terlalu menyampah dengan BElla (aku dah kata kan aku tak suka Bella) tapi aku tau cerita dia berlainan dengan buku.
Aku kesian tengok Jacob...direject mentah-mentah oleh Bella. Huhh takpe la at least dia tak dengan jerk tu. Haha. Gila dengki. Dalam cerita ni tak banyak sangat pasal Edward. Mostly about werewolf. Dan aku pelik kenapa diorang tak pakai baju?? Ouh sebab nanti senang nak transform jadi wolf kot. Sampai ke mana-mana pun berlenggeng je. Nak kata panas tak jugak. Ouh lupa suhu diorang kan 108degree Celcius.
Dan aku dapat tau satu perkara, it's cool to date with somebody that is younger than you. Well...age is just a number right? Hahah.
Aku rasa malam ni aku akan termimpi-mimpi pasal Jacob kot. Oh pedulikan pasal Edward tu. So hari ni aku dapat tengok dua movie serentak,plus dua orang lelaki yang hot tanpa berbaju.
Dan aku rasa aku dah jatuh cinta, dengan Jacob Black dan Taylor Lautner.
No comments:
Post a Comment