Terlalu letih mengarut semenjak dua ni, jadi aku mahu beralih kepada sesuatu yang lebih serius. Betul, aku tak tipu.
It seems like everybody ( or somebody, or anybody?) is having problems with their friends. Me? Yeah. Included. But mine is my laptop and already fixed. Selesai satu masalah. Gembira.
Aku blogwalking tadi, bertemu dengan pelbagai masalah manusia dengan kawan-kawan mereka. Ada yang terlepas cakap, terasa dan merajuk. Ada yang memang bercakap, tak terlepas apa pun, tapi entah macam mana boleh bergaduh. Ada yang misunderstanding, miscommunication, dan segala mis lagi.
Pada aku, kegagalan terbesar dalam hidup adalah kegagalan mempertahankan satu-satu hubungan persahabatan. Tak kisah kalau kau dah break up untuk berjuta kali sekalipun, tapi kalau kau hilang seorang sahabat, kau tetap akan rasa hidup kau loser yang amat sangat. Setuju? Yeah. terima kasih.
Aku tak pernah ( or belum err..which one is which I'm not sure) rasa ada the real friend. Dan aku kagum dengan orang yang ada bestfriends. Pada aku orang yang ada bestfriend ni adalah orang yang sangat bertuah sebab dipilih Tuhan untuk ada orang yang boleh jadi the other part of us. Lupakan pasal girlfriend or boyfriend sebab ni takde kaitan dengan mereka.
Aku rasa sangat susah untuk kau cari seorang yang sangat memahami kau, zahir dan batin, yang boleh rasa apa yang kau rasa, yang boleh simpan rahsia kau even benda tu tak logik sekalipun, boleh terima kau walaupun kau ialah alien yang sangat pelik dan weird. Boleh stay up untuk dengar kau menangis dan tahan sabar je ajar kau math yang susah tu.
Tapi sekali bergaduh, ini yang paling tak tahan. Kita mungkin boleh lupa segala kebaikan yang pernah orang tu lakukan pada kita dalam sekelip mata. Ohh itu sangat teruk. Mungkin kita juga tergamak untuk menyumpah orang tu macam dia telah lakukan kesalahan terbesar dalam dunia ni. Huh. Gila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kawan yg sejati mmg pyh nk jumpa
tp pikirlah aper yg perlu
halatuju kita nti
p/s : nie suka melawat jiran2 blog
Ha memang la...
sila la melawat lagi. bawa kuih sekali.
=)
Post a Comment