Lethal gene

Pagi tadi aku ada tutorial Biology.
Memang aku sentiasa bermasalah dengan subjek biology dan biology juga sentiasa nak bermasalah dengan aku.
Jadi aku tak tau siapa sebenarnya yang bermasalah


For this semester, we learn more about genetics. Yeah.Bunyi macam menarik kan? Kalau kau berminat nak berkenalan dengan segala chromosomes dan genes serta alleles dan sebagainya sila lah gantikan tempat aku di sini.

Hari ni cuma ulang kaji chapter 2 since that kitorang dah habis discuss last week before holiday kan.
then we studied about Mendel's Law...
first law laaa..
second law laaa...
bla bla bla......and lastly lethal gene.
Lethal gene ni ialah gene yang boleh bawa mati kalau kau ade gene nihh.
Selalunya ada kat rodents but then kat human pun ade cuma dalam silibus tak mention pulak.Hmm..

Lecturer aku sibuk tanya adakah organism yang mempunyai genotype dan phenotype begini dan begitu akan mati atau tidak.
Dah la contoh yang dia bagi tak sama dengan lecture notes yang aku guna. Err...sebenarnya aku tak bawak pun lecture notes tadi. Dan persoalan yang diutarakan agak memeningkan kepala aku sebab terpaksa belajar ABC balik macam budak tadika.

Sampai satu tahap aku dah rimas dengan pertanyaan tu dan aku rasa nak angkat tangan dan cakap

" cikgu, bukan semuanya termasuk kita akan mati ke?? So what's the big deal kan?? "

Tapi aku batalkan niat aku sebab takut kena baling dengan marker pen pulak.

No comments: