Artistik? Aku kah itu??

Huh pagi tadi masa English aku menjalani satu ujian kerjaya.
Ouh whutdeheck kan belum habis kolej pun dah kecoh pasal nak kerjaya bagai.Ape lahh....result final sem lepas pun tak keluar lagi dah sibuk nak bekerjaya.Hampeh.

Selesai ujian,aku dapati aku berada dalam golongan manusia yang artistik.Yeah definitely aku bukan seorang yang realistik sebab kalau kau bagi aku jam yang dah rosak untuk aku baiki confirm aku maki kau then aku sepak kau then aku campak benda alah tu dalam tong sampah.Habis cerita.

Ouh aku juga bukan seorang yang investigative.Sebab ada dalam kriteria dia tulis,
" Likes to solve equation"
Ouh wtf....
equation circle pun aku terhegeh-hegeh nak jawab,ni kan pulak nak buat segala equation pulak.Haih.
And then ade jugak dia cakap
"Likes to write lab report"

Haih kepala otak dia aku suka tulis lab report.Aku tak cukup tido dan hidup aku terseksa kerana lab report tau...
huhh

So senang ceritanya aku macam kurang (say;TAK) layak la nak jadi orang sains.Am I right??
Huhh.Kena mintak maaf siap-siap dekat Ibu Ayah nih.
Aduhh..macam mana aku nak jadi ahli kimia nih?
Aku takut nanti dalam lab orang buat eksperimen aku buat poem pulak.Haih.
Ouh dah terbukti dalam dewan kuliah.Akibat tak faham dengan Electrochemistry yang macam tuuuuutttttt itu.

Okay back to the main idea
Sejauh manakah keartistikan aku?
Huhh..
aku tak tau nak menilai kecantikan sesebuah karya lukisan.
Aku hanya pandang Mona Lisa tu sebagai figura yang biasa sahaja.Manusia pelik sebab takde kening...
ha ha ha ha ha ha..
okay jangan gelak banyak-banyak sebab nanti Leonardo da Vinci bangkit dari kubur dan hentak aku pulak.

Lepas tu aku kurang suka membaca karya-karya sastera yang mempunyai bahasa yang gila babi punya bombastik tahap nuklear.Yelah..sebagai contoh,Sejarah Melayu pun aku tak gamak nak khatamkan.

Tapi kan,lepas tu aku rasa macam nak alih jurusan lahh.Hm.Mungkin pengajian bahasa kot.Haha.Suka hati je nak tukar-tukar.Yelahh.Macam dah nak give up je dengan result aku eventhough tak kuar lagi.
Dah la macam-macam assumptions yang kuar.
Nk tendang la...ape la...ni la...haih.
Cuak aku tau...

Heee...bodoh betul.
Ouh maaf aku dah jadi tak berapa betul sebab kurang tidur untuk 2 3 hari kebelakangan ini.Akibat terlalu rajin nak siapkan Math dan repot Bio semalam so aku jadi biol pagi tu.Heee...wtf la...


Em semalam aku berpakat dalam 7 orang kott pakai baju hitam pegi kelas.Haha.Lepas tu masuk dewan kuliah dalam satu barisan.Heee bila fikir balik rasa malu la plak.Haha.Betul la.Orang sanggup lakukan apa sahaja untuk nampak cool.

Haih.
Mau sambung baca The Time Traveler's Wife.
Siapa dah tengok movie dia jangan cerita dekat aku.Nanti tak suprise la.

p/s: to my dearie,gudluck for ur SPM.

No comments: