Suddenly Ayah asked me

Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga pergi membuang masa dan duit dengan penuh bergaya dekat The Curve.Sedang kami lunch,tiba-tiba Ayah tanya

"Madiha tau masak kari daging?"

"Ha...??"(sambil tu aku pandang muka Ayah dengan penuh kekeliruan yang gila babi.)

"Tak"(with a very big grin)

"Hiii..ape la..belajar la.Ayah dulu mase cuti la Ayah belajar masak.."
Haih.

Then Ibu menyampuk,

"Macam mane nak belajar,Ibu pun tak penah nak masak"
Ye la...selalu dapur kitorang kat kedai makan je.Haha.

Haih.Ape la...lain kali tanya la benda lain.
Contohnya..

"Tak call bf ke hari ni?"

Ha...kan lagi sedap hati aku nak jawab.Adehh...

----------------------cerita lain--------------------------------


Hari ni aku berkeseorangan di rumah.Sama seperti hari-hari lain ketika aku goyang kaki badan dan segala yang boleh goyang 5 bulan selepas SPM dulu.Pagi tadi sebelum Ibu pegi keje banyak betul amanat yang disampaikan.

"jangan lupa buang sampah"

"tolong sidaikan telekung Ibu dalam mesin tu"

"bawa keluar kasut Ibu dengan Adik tau"

"siram pokok.luar dalam"

yang paling tak boleh blah sekali

"jangan tido balik lepas ni"

Haih
tapi aku tido jugak.Walaupun lepas tido yang saaaaaaangat panjang malam tadi.Aku tido lepas Maghrib dan bangun Subuh tadi.Ye...Isyak aku burn la.Entah setan ape masuk dalam badan aku dan rasa letih gila.Masa Alya texted aku pun aku tengok macam tak tengok je.Lantak la.Tapi kalau hot guys yang texted aku terus jawab kot.Tapi yang sedihnye bukan hot guys.Haih.

Aku tak tau ni post aku yang keberapa untuk cuti ni.Jangan salahkan aku sebab aku bosan gila.Bila bosan aku tak tau nak buat apa selain meratapi nasib PC dan hp aku yang dah bengong gila tuhh.Serta maki broadband ni yang secara terang lagi tak payah bersuluh dah menipu aku.Kata connection dia HSDPA..tapi slow gila kalah siput.Tipu je...

Ouh sumpah aku cakap aku bosan sekarang ni.Yang paling sedihnye,YM friends aku takde sorang pun yang online!!!Bapak pathetic ish.Aku pandang je hp aku.Senyap.Kiranya macam...aku tengok hang,hang tengok aku.Ha macam tu lahh.Punya la aku tunggu mane la tau kot-kot dia berbunyi ke kan.Ala...bunyi je tak kesah.Bunyi dengan ada call yang masuk ke...sms baru ke..ape ke..tapi sms dari celcom terima kasih je lah.Melainkan kau nak bagi aku kredit lebih aku suka.Tak payah nak top-up.Buat habis duit aku je.

Ala....time-time ni pulak la idea takde.Selalu macam ni.Mase tak menulis berlambak-lambak idea tapi bila dah ngadap benda alah ni mampos seketul idea pun takde.Hahahh...

Aktiviti aku hari ni cume ialah bukak blog orang bace blog orang,then bukak Myspace orang then tengok pic die and komen tapi dalam hati je sebab kalau aku post komen betul-betul mesti kena carot dengan tuan punya page eh suka hati aku la aku nak komen tu pun kira baik kalau aku tak komen lagi la teruk kan??

Pagi tadi aku tengok video klip lagu Takin' Back My Love.Yee..aku tau vc tu dah lame.aku baru nak tengok pagi tadi bila teringat Joe dengan Fanny duk cakap mase kat kolej.Mak aii...aku suka tapi ade 1 part yang aku tak tahan tengok...bukan aksi lucah melampau (ala aku dah 18 boleh tengok ape.hahahah.Haih gila tak senonoh)tapi part yang Ciara bakar buku-buku ape ntah.Itu la yang paling aku tak boleh tengok haih kalau ada orang dalam rumah ni yang buat macam tu memang la aku sekeh kepale dia secukup rasa then aku meroyan 7 hari 7 malam.Takpun aku pinjam senapang sape-sape then aku tembak dia sampai berlubang-lubang badan orang tu.Ha padan muka.Hahaha...
Nasib baik takde percubaan nak buat macam tu lagi.

p/s: post ketika bosan

No comments: