kaduk naik junjung

anda pernah dengar pepatah ini??
aku pasti siapa yang belajar bahasa malaysia(supposed to be bahasa melayu)dari darjah 1 sampai tingkatan 5 mesti tau maksud pepatah ini.

Well..sebenarnye aku baru je habis baca paper.jangan nak teased aku sebab aku baru bace paper hari ni pada jam 12.30 malam.dan aku baru terbaca mengenai artikel Dr.Ridhuan Tee dalam akhbar Mingguan semalam.Nak baca jugak?klik sini.

lepas tu..aku macam nak terfikirlahh..apa sebenarnya sandiwara yang cuba dipentaskan oleh manusia-manusia ni?

apa kena mengena kematian dengan parti dan fahaman?kalau dah ajal..tak kira apa pun pegangan,parti ataupun fahaman..kalau nak mati tu,mati jugak(maaf bahasa agak kasar).kenapa perlu digesa supaya dilakukan bermacam-macam atas alasan untuk menuntut bela?

adakah kerana kita(bukan kita,tapi MEREKA)meragui cara pihak yang berwajib bekerja?yang peliknya..benda yang haram pun diminta dihalalkan!

come on lahh...kalau yang dikandung dalam perut tu tak sah,tak sah la..kenapa perlu dicampur adukkan dan disahtarafkan?kalau macam tu..lepas ni bukan saja dinaiktarafkan,malah boleh juga diperuntukkan peruntukan dan elaun khas buat anak-anak yang tak sah taraf.Macam dekat luar negara tu.kalau pemimpin kita tunduk dengan gesaan itu,maksudnya kita menghalalkan la perbuatan tu kan?betul tak?

ataupun kita ni terlalu berlembut dengan mereka ni?ikut sahaja telunjuk.bukan..sebab kita terlalu sibuk dengan urusan politik yang tak habis-habis sampaikan perpaduan dalam kaum dan agama sendiri boleh dipertikaikan.sudahnya,bangsa lain tengok pun boleh la bersorak dan melompat-lompat dengan gembiranya sebab secara perlahan-perlahan boleh ambil alih negara kita secara tidak langsung.nampak tak?kalau tak nampak,buat-buat je lah nampak.mula-mula ekonomi kita dikuasai secara perlahan-perlahan,lepas tu bina patung sebasar-besar alam sampai silau mato den tengok,lepas tu nak sangat signboard kat seluruh negeri ditulis dengan tulisan die jugakk..sampai dah pening tak tau nak bace yang mana.

lepas ni mungkin pulak perlembagaan nak diminta untuk jadikan bahasa kebangsaan kita sampai tidak sekadar bahasa melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.atau mungkin hak kaum bumiputera hendak diberikan kepada semua.Oh btw,ada jugak yang mintak nak dijadikan taraf bumiputera ye?perlu ke dijelaskan maksud bumiputera tu ape?

hurm..actually banyak sangat yang dah berlaku.tapi kita je yang tak sedar-sedar.termasuk lah aku sekali.
maaf lahh kerana bahasa agak tunggang terbalik sebab tadi macam banyak sangat idea sampaikan bahasa pun dah tersenget-senget macam orang tak sekolah.hihi.
terima kasih kerana membaca(kalau anda membaca sehingga habis)


No comments: