Rahsia Perindu


Siapa peminat novel Ramlee Awang Murshid mesti tau tajuk ni kan??Novel yang amat-amat psiko;sebelum terbitnya novel yang latest;Mikhail.Well,aku sangat-sangat meminati beliau;tak tahu kenapa.Aku sungguh tak faham bagaimana dia mampu mengadunkan segala elemen-elemen kehidupan dan fakta-fakta yang maha kompleks dan rumit.Kadang-kala,tak terungkai dek logik akal.

Novel ni aku sebenarnya dah ade mase aku tingkatan 2 tak silap aku.Beli mase pesta buku jugak kot.Tapi sayangnye,ketika aku masih belum puas menghayati plot-plot dan watak cerita ini,novel itu telah lesap tanpa dikesan di perpustakaan sekolah lama aku.Aku hanya pasrah semasa salah seorang kawan aku mengatakan;

"sori la madi,buku tu ilang dekat library la..."
Aku pun..."hurm..takpe lahh.." (gile baik aku!)

Aku pun dah bace novel tu mase aku tingkatan 2.Tapi yelah,macam aku cakap tadi,tak sempat nak faham dah lesap.Tak nak dengan aku agaknya.Tapi aku tangguhkan dulu niat aku nak beli balik buku tu,sebab aku nak grab dulu novel-novel die yang latest.Haha.Cerita dia,memang rumit.Kata RAM,

"Rahsia Perindu merupakan satu kisah di sebalik cerita.Di sebalik cerita itu pula ada rahsianya...."


Watak-watak di sebalik cerita ini;Harris,Maria,Leopard,Rohana,Amylia,Liza,Julia,Hamdan,Jefry,Junaidah,Dr Azlan,Rashdan,Daniel,Tuan Yahya,Ezam,Hayati dan beberapa orang lagi.

Selepas aku baca buku ni semalam,seriously aku turut merasakan bahawa aku pun mengalami delusi yang amat dahsyat.Aku rasakan bahawa terdapat 'Leopard' yang berada di sekeliling aku.Setiap kali aku cuba melelapkan mata,aku dapat rasakan ada suara-suara yang memanggil-manggil serta menggamit aku.Waaa...gila babi cuak kau tau?!

Dan tidak dinafikan,mase aku tingkatan 2,aku rasa tak puas hati sebab aku tak dapat nak faham jalan cerita dia.Namun sekarang,lepas 4 tahun,alhamudulillah aku dapat memahami jalan cerita dan rahsia di sebalik kisah tersebut.

Mungkinkah ini menunjukkan bahawa,cara aku berfikir dan menganalisis maklumat sudah berbeza seiring dengan usia??



p/s:lepas ni aku akan komen lagi novel-novel die yang lain.tunggu

No comments: